Friday, October 23, 2009

ANIS DI FACEBOOK

ANIS & ASUH NOVEMBER 2009

Paradigma masyarakat Islam sudah jauh berubah. Andai dahulu generasi tua berangkat ke Makkah dan Madinah sesudah melepasi usia pencen dan menunggu waktu yang cukup sesuai iaitu apabila anak-anak sudah dewasa dan mampu berdikari, kini situasi sedemikian tidak lagi. Generasi muda hari ini berlumba-lumba untuk memburu gelaran haji di ketika usia mereka masih segar belia kerana pada hakikatnya pelaksanaan haji itu sebaiknya ditunaikan ketika muda. Justeru, ibadah haji ini lebih menjurus pada bentuk pergerakan yang memerlukan stamina yang kuat dan sifat tahan lasak para jemaah haji.

Wednesday, October 21, 2009

ASUH Di Konvensyen & Ekspo Astronomi Negeri Perak Darul Ridzuan 2009 - Alam Semesta Untuk Anda Terokai

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad (Pro-Canselor UPSI) melawat gerai Geleri Ilmu.

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna bersama ASUH.

Encik Mohd Nor Rafuzi besama Encik Ghazali Din, Pegawai Penerbitan di UPSI. Sebenarnya beliau adalah kawan kepada Tuan Haji Abu Hassan Morad, juga seorang penulis mengunakan nama Ihsan Noorzali sebagai nama penanya. Salah satu hasil tulisan puisinya telah dimuatkan di dalam buku teks Tingkatan satu mulai tahun depan.

Puan Nurulhuda (bertudung putih)kakak kepada penulis buku "Untukmu Wanita" - Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Beliau merupakan pensyarah di Jabatan Fizik di UPSI.
Dua jejaka yang ditugaskan untuk menjual barangan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. di Ekspo UPSI.

Monday, October 19, 2009

Jemput Tengok Proses Drama

Salam kepada semua sahabat-sahabat,
Bidang penulisan skrip drama dan pengarahan adalah sesuatu yang menarik jika diterokai. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman tersebut dengan sahabat2 yang berminat untuk terjun dalam bidang ini.

Sampai masanya kita menulis 'cerita bergerak' pula setelah berjaya menulis cerpen atau novel yang 'kaku di dalam buku'. Apapun, seluruh genre penulisan kreatif amat bermanfaat pada masyarakat. Teruskan berkarya dan memperbaiki mutunya dari masa ke semasa.

BOLEH KLIK DI SINI http://nuruliman-09.blogspot.com/

Ummu Hani

Wednesday, October 14, 2009

Sekitar Majlis Ramah Mesra & Taklimat Kolumnis & Pengiklan ANIS & ASUH

Ketibaan para tetamu jemputan.
Majlis dimulakan dengan membaca doa oleh Saudara Nasri Nasir.
Tuan Haji Abu Hassan Morad, Pengarah Urusan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. memberi taklimat kepada kolumnis dan pengiklan yang hadir.
Penghargaan telah diberikan kerana telah memberi sokongan kepada Majalah ANIS dan ASUH.

Beramah mesra sambil menjamu selera.
Sesi lawatan di Astana Karya.
Antara staf yang turut menjayakan program ini.

Friday, October 9, 2009

Anugerah Media Islam Negara (AMIN) Ketiga


Anugerah Media Islam Negara (AMIN) Ketiga telah diadakan pada Rabu, 7 Oktober 2009 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) putrajaya.Alhamdulillah GISB telah memenangi enam anugerah pada malam itu.

Anugerah Media Islam Negara (AMIN) Ketiga

Anugerah Media Islam Negara (AMIN) Ketiga

GISB
Anugerah Penerbitan Terbitan Berkala Terbaik – Majalah Asuh.


LAYAR CONSULT SDN. BHD. – SYARIKAT BERSEKUTU GISB
1. Anugerah Penerbitan Drama Berunsur Islam TV Terbaik – Drama Ihsan Layar Consult Sdn. Bhd. – Siaran Tv3

2. Anugerah Pengarah Drama Berunsur TV Terbaik – Murali Abdullah (Drama Ihsan) – Siaran Tv3

3. Anugerah Pelakon Drama Berunsur Islam TV Islam Wanita Terbaik – Kartina Aziz (Drama Ihsan)- Siaran Tv3

4. Anugerah Skrip Drama Berunsur Islam TV Terbaik – Zabidi Mohamed (Drama Ihsan)- Siaran Tv3

5. Anugerah Pelakon Drama Berunsur Islam TV Lelaki Terbaik – A. Razak Ahmad (Drama Taubat) – Siaran Astro Oasis
 
Dear Diary Blogger Template