Wednesday, June 18, 2008

Di hari lahir ini....


Happy birtday my life!!!

Ha ha... hari ni dah genap aku hidup kat dunia ni selama 32 tahun... errr... 32 ke 33 hah... eh! tak hengat lah pulak... 33 kot... whateverlah yg mana pun. tak ada beza sgt... yg penting dah rasa tua pulak...

Apa bezanya hari lahir tahun ini dgn hari lahir tahun lepas??... hmmm... tak ada beza pun selain dari pertambahan satu angka ke satu angka yang lebih besar. 

setelah lebih tiga puluh tahun aku hidup dan bekerja keras..tetiba dapat email sahabat lama yg kini menetap di Jakarta mengucapkan 'Selamat Hari Lahir'... dia menggambarkan bahawa hidup tenang lebih kurang begini ~ "Small studio apartment, morning coffee and newspaper and mortgage”... hmm, yelah tu, saat ini walaupun tidak hidup mewah, paling tidak setiap pagi memang aku kena minum kopi atau tea 'o' atau milo sambil memikirkan bagaimana nak settle hutang bulan depan...haaaahaaaa.. 

Kata orang sambutan harijadi merupakan hari yang paling istimewa dan pastinya kita merenung jauh apa saja impian.. sebelum memotong kek, gengamkan kedua-dua tangan sambil memejam mata memasang hajat ... ???... mimpi indah.. angan-angan... yang sudah dan belum dilakukan pada setiap kali melewati detik-detik angka tambahan umur sebegini. Dan selalunya yang keluar adalah senarai panjang dari apa yang belum sempat dilakukan. Namun begitu, aku tidak pernah membiasakan diri.. mengharap bulan kelahiran sebagai satu bulan yang penuh mitos... bukan kerana fobia takut usia makin bertambah. TAPI.. ianya semacam peringatan besar, hey, you haven’t done this and that, beware! 
Tapi pertambahan usia sebagai tanda semakin menghampiri hari mati tak pernah pulak nak di ingat...

"So... dah tualah ni ya?"
"Hehehh.. Lebih kurang macam tula..."
"Bila dah tua-tua ni... apa yg engko rasa?"
"Ntah... tak rasa apa-apa pun.."
"Tak terasa ke macam nak bertobat..."
"Hah.. Hehehh..
"


Oh ya.. dah lama teringin menulis topik yang akan buat aku dan orang lain mungkin boleh jadi sensitif...heehee 

Hari baru untuk usia baru (boleh ke gitu)...kisah baru dan juga kejutan baru.

kisahnya - satu hari nanti dalam jangka waktu yang tidaklah jauh sangat, aku akan melalui hari-hari baru dgn suasana baru... sebulan dari sekarang... atau mungkin juga kurang dari sebulan... 

kisahnya - seorang teman lama yang tetiba muncul dan membuat aku sangat terkejut memutuskan untuk berpisah setelah cinta pernah ada pada diri mereka selama 9 tahun hidup bersama sebagai pasangan suami-isteri. Ibarat rel kereta api, mereka selalu berada di dalam landasan yang dihormati.. Apa yang boleh aku katakan lagi... Nak stori pasal kahwin lagi ke?? Boring jugak... pelik jugak... yang dah kawin 9 tahun tanya pada yang bujang pasal rumahtangga...

Ok... macam ni... Berkahwin kata sebahagian orang yang berpandukan dengan nilai agama yang baik adalah satu ibadah. Sebahagian lagi kerana tidak mahu hidup sendiri. Beberapa lagi ingin menghalalkan suatu hubungan. Dan sebahagian lagi kerana ikut-ikutan, katanya.."Dah semua kawan-kawan aku yang lain dah kawin... takkan aku nak bujang sendiri"??? boleh ke gitu? (takut nanti termasuk dalam senarai stereotype pulak - aku benci stereotype) 

Andaian singkat aku sendiri.. berkahwin bukanlah satu destinasti akhir, tapi ianya agenda awal yang harus diambilkira. Walau kadangkala pernah terfikir sejenak..hmmm... mungkin lebih baik juga settle down, tapi perkara ini lebih pada curiosity sahaja. Maklum saja.. sebahagian besar teman-teman sekeliling sudah berkahwin dan memiliki kehidupan keluarga yang bahagia. Ada masa bila mula berbicara..seisi luahan perasaan selalu menjadi misi utama.. dan mengeluh mengapa kasih boleh bertukar menjadi dua. Atau ada yang memendam rasa kerana selepas berkahwin, suddenly si suami menjadi kurang mesra (mungkin kerana kurang luarbiasa kott???) dan ada masanya jadi kurang bebas (katanya hidup single itu jauh lebih mendamaikan), sebab kita boleh membuat keputusan tanpa harus mempertimbangkan keadaan pasangan (dan menyesal kerana akhirnya bertemu orang lain yang lebih sefahaman dan sejiwa rasa...) 

Tapi...ada juga yang sudah sekian lama berkahwin..Tetap jatuh cinta dengan pasangan dan bahkan semakin jatuh cinta dan tak mampu membayangkan hidup tanpa pasangannya. yang penting kena tahu caranya... 

Ya, kini jikalau bertemu kenalan lama, pertanyaan klasik sesudah apa khabar adalah, “Dah kahwin ke?”..aku tidak keberatan untuk menjawabnya..haahaa malah rasa seronok pulak buat orang bingung dan prihatin kerana sudah seumur begini masih lagi sendiri. Dan keluar lah ayat standard yang stereotype.. "Hey, what’s wrong with you,??" 

Anyhow, life has been so wonderful and friendly. Meski pernah juga ada masa-masa sukar yang pernah aku lalui (namanya pun kehidupan..) tapi alhamdulilah.. hidup harus sentiasa bersyukur dan reda pada ketentuan-NYA... 

Apapun, berkahwin atau pun being single ada plus-minusnya. Bergantung bagaimana cara dan kreativiti menikmatinya. Jadi, nikmatilah perkahwinan Anda dan juga nikmatilah ke-single-an Anda ya... 

Dan pada hari lahir aku yang ke 33 ni... agaknya nilah masanya utk aku fikirkan pasal kawin... hehe... agaknyalah. tapi tak tahu lagi. tengoklah dulu ya...

Ok...

Happy Birthday my Life!!

No comments:

 
Dear Diary Blogger Template