Kisah ni jugak aku dah masukkan dlm blog aku yg satu lagi... rasajiwa.blogspot.com, dengan tajuk "Cerita Helmet Merah"...
Kalau ke rumah aku, lihatlah kat tepi rak kasut, atas lantai… ada sebijik helmet buruk yang usang dan hapak. Warnanya merah, tapi warna merah tersebut telah dicemari dgn cela-cela dan tompok-tompok hitam yang comot kat merata-rata tubuh badan dia. Kewujudan dia macamlah tak pernah wujud. Dia suka ke, dia sedih ke, tak ada sape pun yang ambik tahu.
Aku rasa memang tak ada sape sudi nak pakai dia. Buruk dan comot. Kalaulah ada pilihan lain, dia ni tentunya akan jadi pilihan ke 7 atau ke 8 utuk dipakai. Itu pun nasib baik jugak kalau masih lagi boleh jadi pilihan. Silap-silap, lansung tak terpilih. Sebab memang orang tak pernah nampak dia…
Helmet ni aku namakan sebagai “Marushim”…
ok… aku rasa kalaulah si helmet ni manusia, dia tentunya berkulit putih bermata sepet dan bila bertemu sesama dia tertunduk-tunduk bagi hormat sambil menjerit “HAIITTT”…
Macam mana aku boleh bagi nama Marushim? itulah tulisan yg tertera pada stiker yg tertampal kemas pada bahagian atas depan dia…
Kewujudan Marushim ni, saling tak tumpah macam pepapatah melayu kata melukut di tepi gantang.. gituuuu… ada ke tak ada ke sama je. Ada pun macam tak ada jugak. Memang kesian dia. Lumrah hidup gitulah, masa baru, lawa, muda… orang berebut-rebutlah.
Asalnya, Marushim ni dimiliki oleh Izwan. Kawan lama kita tu. Tapi mungkin sebab dah buruk, Marushim diganti dgn yang baru. Dulu-dulu, masa aku tak ada motor, masa aku tak ada lessen bila Izwan nak ke mana-mana dan diajak aku sekali, Marushimlah yg akan dihulurkan kepada aku. Dan aku sebagai seorang insan yang merendah diri dan baik budi dan bepekerti tinggi – **ceh!! Macam bagus je** capai jugaklah Marushim tu, dan sarung jugaklah ke kepala. Demi menjaga hati member, dan menjaga hati Marushim sendiri (padahal terpaksa. Dah tak ada benda lain, pakai jugaklah).
Aku anggap macam nilah ya… Siapalah agaknya sudi untuk memalukan diri dengan menyarungkan Marushim ke kepala untuk meronda. Kat kampung pun belum tentu orang nak pakai, inikan pula di tengah-tengah kotaraya Metropolitan yang terkenal seantero dunia – Kuala Lumpur… tentunya orang yang terpandang akan pandang dua tiga kali lagi kepada Marushim atau kepada orang yang sedang memakai Marushim ni sambil hati mereka bertanya;
“Orang ni pakai helmet ke pakai bola boling atas kepala dia tu…”
Ha… sape nak jawab tu?… jadi sebelum disoal dgn soalan-soalan seperti itu… baiklah tok sah pakai…
Pada suatu hari, hak milik ke atas Marushim telah ditukar. Izwan bagi sepenuhnya hak penjagaan ke atas Marushim kepada aku secara percumaaa…. Aku ambik dan terima seadanya.
Marushim bertukar tuan. Sepanjang berada di bawah jagaan aku, Marushim tidak bergerak kemana-mana dan aku tak bawa ke mana-mana walau sekali pun. Sementalah, aku pun memang tak ada motor. Tempat lepak Marushim… tuh.. atas rak kasut dekat tangga pejabat tuh… aku tak peduli sangat, orang-orang lain apatah lagi.
Keadaan itu berterusan sehinggalah aku miliki Ex-5 – motor aku sendiri dan dah punya lessen sendiri (macamlah lessen tu boleh dipinjam-pinjam).. Dan ketika itu aku jugak dah punya helmet aku sendiri yang baru dan tentunya berkilat berwarna hijau gelap yang aku namakan sebagai Magnum. Macamana boleh letak nama Magnum… alasan yg sama macam aku letak nama Marushim.
Satu hari tu, atas sebab-sebab yang aku sendiri tak berapa pasti, aku ambik Marushim dari tempat letak kasut kat tangga opis… buat balik… letak lepak kat rumah… bagi si Magnum tu ada kawan.
Kat rumah aku nasib Marushim tetap sama. Terbiar, terabai. Macam orang-orang tua kat rumah orang-orang tua. Harapan aku agar dia hidup gembira sedikit selepas berkawan dgn Magnum nampak gayanya macam tak kesampaian – Helmet tua, tentunya lebih selesa berkawan dgn helmet tua juga… Begitulah juga dengan si Magnum, tentunyalah lebih selesa berkawan dgn helmet muda. Apatah lagi si Marushim dgn si Magnum tu, dilahirkan sama Jantina mereka.
Jadi! Besar juga harapan aku agar si Magnum tu tidak membuli Marushim tetapi menghormatinya sebagai helmet yang lebih tua.
Dan bilakah agaknya Marushim boleh memberi khidmatnya.
Tapi malam tadi, ada berlaku satu peristiwa yang membuatkan Marushim yang kelihatan macam tak ada guna tu, boleh memberi jasa yang besar. Bagi golongan helmet-helmet yang sebaya dgn dia jasa yang diberi malam tadi begitu besar…
Tak perlu persoalkan tentang jasa si Magnum… Magnum adalah helmet yg sgt berjasa kepada aku… apa pun, satu hari nanti aku tahu… Magnum pun akan mendapat nasib yang sama seperti Marushim – sebab Magnum pun, sekarang ni dah tak se'ganteng' dulu... dah byk calar-calar dan banyak juga comot-comot.
Ssatu ketika dulu, ketika masih muda dan gagah, Marushim tentunya juga helmet yang berjasa kepada tuannya.
Apa berlaku malam tadi. Sehingga Marushim boleh memberi jasa.
Malam tadi… ketika aku berada di Shah Alam, rumah abang adik ipar aku @ abang ipar adik aku… tetiba aku mendapat panggilan telepon dari along (along di sini ialah panggilan aku kepada Zuraimi ya. Sebab dia abang sulong, tak bolehlah aku panggil angah atau acik… so di sebabkab kali ini panggilan along tu aku tujuakann kepada Zuraimi… diminta along yang sorang lagi, Fairul Hisyam budak kameraman tu… janganlah perasan ya) Along telepon mengatkan dia masa tu berada di hospital UM.
Kenapa berada dia situ???
Kerana malam tadi telah berlaku satu acciden kecik tapi besar jugak pada Wafi… Kaki wafi telah termasuk dan terselit pada lidi rim motor masa tengah bergerak. (macamana jadi begitu – hubungi Zuraimi untuk keterangan lanjut)…
Akibatnya… Kaki wafi yg terlekat terpaksa di cungkil dan akibatnya, bahagian tumitnya telah terkoyak besar sehingga hampir tercabut (Hhhhhhhhhhh!!!.. ngeri sungguh bila pikirkan betapa sakitnya.)
Malam, pukul 12 (lebih-lebih sikit) Along telepon sekali lagi, menanyakan si Mat Yi (adik ipar aku) kalau-kalau dia boleh datang ambik kak long dgn Syafiqah yang masa tu ada kat sepital tu sama, suruh bawak balik… sebab Wafi kena tahan dekat Wad. Esoknya akan dijahit… (Hhhhhhhhh!!! Ngeri sungguh sekali lagi)
Mat Yi esok kerja awal pagi… jadi awal lah tidurnya. Bila dikejutkan dia tak sedar-sedar jugak. Kemudian Along kata nak cuba call orang klain pulak.
Malam, pukul 12 (lebih-lebih sikit lagi) – sapelah agaknya yg nak pegi sepital malam-malam buta ni. Aku tak tahu apa berlaku kat sepital sana.
Atas rasa tak sedap hati sebab tak tahu apa yang berlaku lagi dan bagaimana nasib Wafi (dan rasa tanggung jawab) sebijik beg galas aku capai, sehelai kain pelikat, sehelai tuala, sehelai kemeja, sebatang berus gigi (yang tak bukak lagi) dgn sekiub ubat gigi halagel yang kecik tu (Suriati yg bagi baru-baru ni) – sumbangan halagel (terima kasih kepada penaja)… barang-barang tu, aku sumbat dalam beg galas- **manalah tahu kalau keperluan tu berguna***
Aku melengkapkan cara berpakaian… dan aku bawak beg tu keluar… aku capai Magnum kat atas sofa… dan dengan tidak semena-mena Marushim yang barada di atas lantai berhampiran, aku capai jugak sekali. Tak tahu apa tujuan sebenar tapi aku terpikir mungkin Marushim akan ada gunanya… kemudian aku start motor aku… tak pikir panjang… aku terus ke sepital.. Mana tahu kalau aku boleh berjasa… mana tahu kalau si motor Honda aku boleh berjasa… Manalah tahu juga kalau Marushim boleh berjasa…
Aku sampai ke sepital… along tgh dukung syfikah kat pintu luar… (tak payahlah cerita secara lanjut pasal keadaan sepital)
Aku tak tahu along hubungi sape utuk bawak kak Long dgn Syafiqah balik… tapi bila tgk aku datang bawak Marushim sekali, rancangan along ditukar… Bukan Kak Long yang kena balik… tapi dia sendiri yang balik bawak Syafiqah… Jadi, malam tadi, Kak Long yang jaga Wafi…
See… Malam tadi Marushim telah menabur jasa dan bakti… sangat berjasa ok… along sanggup sarungkan Marushim yang hapak itu ke kepalanya… soal terpaksa atau sukarela atau pun paksa rela tu lain cerita… Yang pastinya, disebabkan Marushim yang tua itu, aku boleh bawak along balik dgn bawak Syafiqah sekali. Di sebabkan Marushim… along boleh sampai ke rumah utuk bawak kelengkapan utuk jaga wafi…
So… terima kasih kepada semua yg terlibat… si motor Honda, Magnum si helmet hijau dan juga tentunya juga Marushim si helmet tua…

No comments:
Post a Comment