“Ala hai... Syuk da tak de... Pergi gak dia ya...”
“Kurang sorang lagi staf kita.. tapi tak pe la mungkin perhijraan ni yang terbaik untuk dia. Lagi pun keputusan yang diambil disebabkan harapan maknya gak... Sebab bila Syuk tanya samada maknya suka atau tidak dia tukar keja... mak dia kata “Mak dah terlebih terlajak-lajak suka.”
Yang buat ramai orang suka kat Syuk ni sebab dia ni mudah berkira... ringan tulang... jadi ramailah orang senang berkawan dengan dia. Ada gak orang usik-usik dia nak jadi menantu. Mudah-mudahan lepas dah berjaya dan da kaya (amin..), jangan lupa kat kami tau Syuk.
Gitulah adat kehidupan... setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Setiap pertemuaan akan diakhiri dengan perpisaahan. Moralnya... hanya Dia yang Maha Kekal.
Ni nak cite sikit pasal majlis kesyukuran yang lalu... Bila Halim cakap nak sponser pulut kuah durian.. Adalah suara-suara yang agak kehairanan gak la...
“Haa Halim nak buat masak pulut kuah durian? Halim masak ke? “
Hai maklum la... rasanya baru je rombongan Cik Kiah gi Hospital Sungai Buluh melawat isterinya bersalin.
“Da abis pantang... da ada kat umah sini,” kata Halim.
“Da abis pantang da... sekejapnya,” jawab beberapa orang mak-mak kat GI.
Walau apa pun bersyukurlah sebab mak dan anak sihat.


Ni gambar kenduri buah mangga yang Halim bagi semasa balik dari antar isterinya berpantang kat Kedah.
Shimah: Kau mengidam ke along?
Pada hari yang sama, selepas Asar hujan turun dengan lebatnya. Tiba-tiba Aida datang masuk bilik... “Cepat- cepat sapa nak tengok pejabat kita banjir kat atas.”
“Haa.. pejabat banjir?” Biasanya kalau banjir misti la kat jalan bawah... ngapa lak banjir kat atas? Tak leh jadi... misti gi tengok.
Esoknya cikgu yang baru balik dari Sarajevo telah membawa sebotol madu lebah untuk di suapkan kat mana-mana staf yang ada masa tu.
Petua
Jal kata kalau nak tahu madu tu ori atau tidak masukkan madu dalam piring dan masukkan sedikit air. Goyang-goyangkan sikit piring tu... dan jika madu tu kelihatan seperti sarang lebah (seakan ada petak-petak) Insya-Allah madu tu ori la.
No comments:
Post a Comment