Friday, August 15, 2008

Bulan ni sebenarnya dah tak berapa de mood nak buat kerja, maklumlah dah nak pindah kat tempat baru, jadi kenalah packing barang-barang terutamanya kat bilik masing-masing. Mengikut jadual yang telah dibuat, jabatan editorial dan dtp pindah dulu dan mula angkut barang-barang pada 22 haribulan ni.

Bagusnya En. Wan pun nak tolong kita mengemas gak. Maklumlah bilik ni semuanya perempuan. Oo Oo.... Sorry Along sebenarnya kami selalu lupa kewujudan Along kat sudut tu... jadi kami selalu je terlepas cakap pasal hal-hal perempuan. Bila terperasaan ada Along baru la malu sendiri. Tapi bestnya Along selamba je... "ala tak kisah, saya faham la..." kata Along.


Sebahagian barang yang sudah di packing.


Selagi ada ruang disitu ada kotak.

Alhamdulillah... dalam pada itu sempat juga kami meluangkan masa pada hari Jumaat yang mulia ini dengan program menziarahi orang sakit.


Orang pertama kami ziarah ialah Fauziah Ghazali, isteri Pak Ya yang telah bersalin. Tapi baby tu lahir ikut tingkap bukan ikut jalan biasa(kena bedah la).


Ni la cahaya mata ke 12 Encik Zakaria. Beratnya 3 kg. Masih tak de nama lagi walaupun telah ada dalam lima ke enam nama yang telah ditulis dan dicadangkan oleh abang dan kakak si baby ni.


Nak jugak bergambar sebagai kenang-kenangan.


Selepas itu kami naik lif dan terus ke wad 8C. Cantik sungguh hiasaan kat wad ni...


Ni la pesakit yang nak kami ziarahi... Mohd Adib anaknya En Yeh kita.


Mengikut kata Yati (isteri En Yeh)... Adib kena lelah malam tadi dan terus dibawa ke bahagian kecemasan. kemudian kena tahan wad. Alhamdulillah sekarang dah semakin ok.
"Perasan tak ada baby kat pintu masuk bilik ni tadi. Baby tu namanya Shakirah dan telah ditinggalkan oleh penjaganya sejak tiga hari yang lalu. Baby empat bulan tu ada cacat sikitlah sebab lelangit dia tak ada. Jadi selalu je menangis. Mungkin esok akan dibawa kat rumah kebajikan masyarakat," beritahu Yati dengan panjang lebar. Ketika Aida keluar untuk melihat Shakirah... diam la pulak baby tu. Agaknya Shakirah diam sebab dia pun rasa hairan, ngapa la pulak makcik ni menangis bila tengok aku. Gitulah naluri seorang ibu... mudah tersentoh perasaannya bila melihat baby secomel itu sanggup ditinggalkan oleh ibunya. Mungkinkah disebabkan ketidak kesempurnaan yang ada pada anaknya? Sebab mak ayahnya orang susah ke? Entahlah... tiada siapa yang tahu sebab ditinggalkan gitu sahaja.


Aku tanya Adib, "Nak tak kalau baby tu jadi adik Adib?" Adib mengangguk-anggukkan kepalanya, tanda setuju.... Yati hanya tersenyum je melihat gelagat anaknya.

Sekadar renungan bersama:
Firman Allah Ta'ala:
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka." ( Surah al-An'am : 151)

FirmanNya lagi :
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu."
( Surah al-Isra' : 31)

JANGAN LUPA

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat nisfu sya'aban
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

No comments:

 
Dear Diary Blogger Template