Kalau ikutkan hari ini 23 Ogos bersamaan hari Jumaat, mulanya pindah barang. Tetapi oleh sebab tak dapat dielakkan, ditunda pada esok harinya. Elok jugak ditunda sebab sebab banyak lagi tidak dipacking.
Kotak-kotak yang disusun dah setinggi orang kat dalam bilik editorial perempuan ni.
Nak bercakap dengan Jal pun terpaksa macam main cak-cak pulak.
1/4 barang yang dikeluarkan dari pentadbiran dan diletakkan di surau.
Kotak-kotak yang telah siap dipacking dilekatkan nama dan disusun ditangga utama.
Cuma tinggal sikit ruang untuk lalu sahaja.
Dah penuh kat tangga susun di ruang tamu pula. Kotak-katak ni diasing kepada dua bahagian... sebahagian ke Subang Bestari dan yang lain ke Kota Damansara.
Suraiya: Shimah... kotak-kotak kamu dah tulis nombor tak? Kalau tulis nombor kita akan tahu berapa jumlah kotak kita dan senang la tahu samada kotak kita ada hilang atau tidak.
Shimah: Mmmm.. tak sempat tulis pun.
MNR: Mana lagi kotak yang nak bawa keluar?
C. Halim: Hmmm... rasanya dah banyak angkut barang depa ni keluar... masih ada lagi.
Bila semua kotak-kotak dah dibawa keluar... barulah lapang bilik ni. Along dah tarik nafas lega. "Along! Almari besi ni masih ada barang lagi la...," kata Jal. Apa lagi sekali lagi Along pening. "Tak apa... kali ni kami semua tolong Along mengemas," kata Kak Aliyah.
Yang bestnya En. Khir pun tolong juga dan siap belanja goreng pisang. Si Along pulak siap ada tukang urut badan dia.
En. Khir: Nah ni gambar anak kita masa kecil dulu.
Terkenangan kisah lama apabila melihat foto-foto zaman muda-muda dulu.
Suasana bilik editorial lelaki.
Selesai mengemas depa berdua ni bukak meja jual gambak pulak...
Murah betul rezeki hari ni... pagi En. Halim belanja air. Lepas tu En. Khir 2x belanja goreng pisang. Yang best sekali Cikgu Abu Hassan belanja kami ais krim. Bakar Raihan pun dapat jugak.
Yang besar dapat...
Yang kecik-kecik lagi la dapat.
Tapi yang ni ngapa dapat dua pulak?
Hah... leganya tengok semua almari dah kosong.
Gambar cover majalah pun dah ditanggalkan.
Okay... esok kita pindah.
Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]
1 year ago
No comments:
Post a Comment