Monday, October 27, 2008

Majlis Perpisahan Siti Asma

Pertengahan Oktober lalu, adik kita yang comel, Siti Asma' Ahmad Izhar yang bertugas sebagai Receptionist telah berhijrah ke tempat kerja yang baru. SAKTI telah mengadakan sedikit jamuan perpisahan bagi meraikan pemergiannya sebagai tanda terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan selama ini.
Ada yang kata buat jamuan di ofis aje, cadang punya cadang akhirnya semua berpakat makan ramai-ramai di Pizza Hut. Staf lelaki cemburu tengok kami pi ramai-ramai. "Nak ikut!" kata Hairul dari tingkap bilik dia.
"Tak boleh, ini untuk orang pompuan je. Kalau nak jugak kena pakai tudung. He he he.."
Selepas majlis makan-makan, terus berlangsung acara memberi hadiah. Semua orang surprise apa hadiahnya? Tengok punya tengok Siti Asma dapat hadiah beg dan kasut, sedondon pula dengan baju yang dipakai hari itu.
"Nanti pakailah semasa bekerja di ofis baru," kata kakak-kakak. Kami semua mendoakan Siti Asma gembira dengan hadiah yang diberi (gembira punya sebab dia senyum lebar pada hari itu). Selamat Maju Jaya dan teruskan usaha terbaik anda di mana jua anda berada.

1 comment:

MAAZ said...

I found the crystal package most interesting one at www.auracamera.com

 
Dear Diary Blogger Template