Pagi itu tiba-tiba saja ternampak emel cikgu yang sudah terpampang di papan kenyataan Astana Karya. Emel panjang dari Cikgu iaitu Tuan Haji Abu Hassan Morad yang kini berada nun jauh di mata. Mana lagi kalau bukan di bumi Makkah dan Madinah, kota dambaan hati setiap kita.
Bagai semalam melambai beliau dan team produksi semasa menghantar mereka dari pintu gerbang Astana Karya. Air mata ada yang luruh tak tertahan berpisah dengan orang-orang kesayangan. Namun kerana misi suci kita berpisah dan kerana itu jua kita akan bertemu semula.
Emel yang Cikgu kirimkan cukup terharu membacanya. Dari jauh ingatannya tak pernah lekang dari kami semua. Meminta kami terus komited dengan kerja-kerja dakwah berasaskan media di Astana Karya.
Kami kini tak sabar menunggu kepulangan mereka semua terutama satu-satunya srikandi ANIS iaitu Jalilah Abdullah yang pastinya makin slim dan sudah tidak dikenali oleh krew yang lain ketika bersua muka di Tanah Suci.
Inilah emelnya mengubat hati yang lara di sini. Lara kerana terlalu rindukan Makkah dan Madinah!
Assalamualaikum! Apa khabar keluarga Galeri Ilmu. Cikgu dan rakan-rakan ucap selamat hari raya aidil adha kepada semua. Maaf zahir batin. Salah cikgu dengan kalian banyak. Tolong doakan cikgu di sini. Untuk rakan-rakan, setiap waktu doa dan sebut nama lagi. Minta keselamatan dunia akhirat. Allah permudahkan urusan kita untuk agamanya. Salam dari Mina, alhamdulillah shooting berjalan dengan baik.Cuma keletihan kerana terpaksa berjalan agak jauh kadang kala sampai 2/3 jam.Suasana terkawal di sini. Di pusat media, cikgu stay dengan Rosli dan Eizlan ASTRO. Di Muassim, tempat jemaah Malaysia tinggal di Mina, Azmin stay bersama hairul dan Halim. Di khemah pakej, kak Jal seorang. Namun oleh kerana masa agak lama di sini bolehlah sering berhubung seperti di Mekah. Arafah- sehari saja jadi agak kelam kabut sikit. Cikgu dan Rosli perlu meredah malam untuk balik ke khemah selepas shooting di muassasah Malaysia. jaraknya lebih 2 jam berjalan. Cabaran utama adalah fizikal kena kuat. Alhamdulillah rakan-rakan yang lain nampaknya positif memikul tugas yang mencabar di sini. Kita dikenali sebagai team ANIS dan layar Consult di kalangan bos-bos Tabung Haji. Orang bimbingan haji. Ada kumpulan media yang dibawa ke sini tetapi mereka stay di Mekah berulang alik ke Mina. Majalah ANIS jadi majalah resmi diletak di pos pakej jadi bacaan jemaah. Kak Jal lasak. dengan pikul 2/3 kilo beg, dia terpkasa bergerak dari hotel ke hotel, dah turun badannya. Semuanya bersemangat walaupun kena berjalan jauh tetapi di sini keadaan dah jadi kebiasaan. Mungkin orang malaysia agak mengeluh sikit tapi itulah kenyataan dan itulah ibadah haji, dambar cinta yang memerlukan pengorbanan.
Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]
1 year ago
1 comment:
Salam,
Tahniah diucapkan kepada Team Anis..Bersemangat dan ikhlas. Jalilah yang sentiasa berusaha melakukan yang terbaik.. Cikgu dan kawan-kawannya yang sentiasa tenang.. semoga Allah memberi ganjarannya.
Harapan semoga iktibar-iktibar yang tersirat dapat dikutip dan diabadikan dalam karya yang bakal dihidangkan kepada pembaca.
Post a Comment