Monday, February 16, 2009

Meninjau Gaya Kerja Team Anis

Pada 13 Febuari yang lalu, team Anis telah ke Astana Dugang atau `Teratak Hijjas Country Resort' yang terletak di Bangi, Selangor. Maklumlah majalah sudah keluar dan inilah masanya mereka berada dalam keadaan agak selesa untuk beralih angin melepaskan tekanan kerja mengejar date line.

Teratak Hijjaz ini terletak di Bukit Dugang Desa Putra, Sg. Merab yang mengambil masa lebih kurang 5 minit dari Puterajaya Internotional Convention Centre (PICC) dan 7 minit dari pusat beli belah Alamanda, Putrajaya.


Baru sahaja menikmati sarapan pagi... tiba-tiba Marzhatul Syima mendapat panggilan dari Kampungnya Kedah mengatakan bapanya sudah tidak boleh bercakap. Tidak sampai lima belas minit kemudian mendapat berita bapanya sudah mengembuskan nafas yang terakhir. Suasana menjadi pilu dan hiba. Tambahan pun melihatkan Marzhatul Syima berpelukkan sambil mengatakan bapanya sudah tiada. Namun dia dapat mengawal perasaan dan dapat menerima berita dengan tabah sekali.


Hidup perlu diteruskan. Team Anis telah meneruskan tujuan asal datang ke Teratak Hijjaz... sesi fotografi 10 masakan juadah kampong dari Astana Dugang dan 2 jenis masakan dibawa oleh Hajah Jalilah.Disamping sesi fotografi dekorasi sekitar Astana Dugang. Setelah selesai shooting masakan... tibalah masanya untuk sesi fotografi bersama chef-chef yang telah bersusah payah menyediakan masakan tersebut. Waw! Apabila disolekkan sikit... cun rupanya chef-chef kita ni.


Along: Kena senyum la sikit. Baru nampak ceria.


Team Anis tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Pengurus Astana Dugang, Encik Mazlan Omar dan Chef-chef Astana Dugang.


Menikmati keindahan alam semula jadi di "Teratak Hijaz".


Kolam ikan yang menjadi tarikan kaki pancing. Di dalamnya terdapat lebih 30,000 ekor ikan air seperti Lampan Jawa, Baung, Kap Rumput, Patin, Jelawat, Rohu, Liko & Talapia.


Team Anis bergambar di pokok Misai kucing yang menjadi tarikan di Teratak Hijjaz ini.


Sekembali ke pejabat sama-sama membaca surah Yasin buat Allahyarham Md Saat yang telah kembali ke rahmatullah pada 17 Safar 1430 Hijrah bersamaan hari Jumaat. Semoga roh beliau dirahmati Allah hendaknya. Amin.

No comments:

 
Dear Diary Blogger Template