Bermula awal Mac 2009, staf tidak perlu turun untuk makan diluar lagi. Sebabnya, kini sudah ada perkhidmatan katering lebih ekonomik untuk kami.

Selalunya waktu tengahari sunyi sepi... sebab ramai makan di luar. Tapi kini riuh rendah dengan gurauan senda usik mengusik. Siapa yang tidak ada... siap disimpankan lauk lagi. Macam mak-mak kita dulu-dulu.

Air pun disediakan. Tapi yang Kak Ros buat macam special.... sedap sebab terasa masam manisnya.
No comments:
Post a Comment