Tuesday, May 12, 2009

Datang Dan Pergi

Baru dilahirkan...

Alhamdulillah pada hujung bulan April yang lalu Maizanur Akma telah selamat melahirkan anak sulungnya di Hospital Besar Serdang. Bermakna Pengarah Urusan kita Tuan Haji Abu Hassan Morad telah mendapat cucu sulung. Wah! Seronoknya Tok Wan dapat cucu sebab dalam seminggu tu asyik cerita pasal Auni je.
"Selamat datang Auni Hafsah Abu Hanifah ke dunia yang fana ini. Suara tangisanmu sudah didengari seluruh isi alam bahawa itulah isyarat permulaan fitrah setiap insan yang lahir ke atas muka bumi ini.
Cucu sulung saya bakal berkongsi hari lahir bersama neneknya dan bukan dengan tok wannya pada bulan Mei....
Auni cucuku, mudah-mudahan tangisanmu pada pagi yang hening ketika ibumu menjalani pembedahan `membebaskanmu’ ke bumi ini akan mengingatkan diri atuk akan tanggungjawab terhadap media Islam yang sedang kami usahakan. Juga mengingatkan walid dan ummimu supaya memimpinmu ke jalan keimanan dan ketakwaan yang sebenar agar kehidupanmu juga selamat dunia dan akhirat".
Petikan Bicara Jun 2009.

Yang pergi...
Dalam bulan April juga tiga orang staf telah meninggalkan GISB kerana akan berkhidmat di tempat lain. Aida Julia pula akan menguruskan perniagaan milik keluarganya di Kedah. Tahniah buat Aida Julia kerana perniagaan keluarganya itu telah melangkah setapak lagi kerana telah berjaya memiliki bangunan dua tingkat milik sendiri.

No comments:

 
Dear Diary Blogger Template