Thursday, May 14, 2009

Sekitar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Sekali lagi pada tahun ini Galeri Ilmu Sdn. Bhd. (GISB) telah mengambil empat booth di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009. Ada peningkatan la sebab tahun lepas ambil 2 gerai je. Pesta yang berlangsung mulai 17 hingga 25 April 2009, telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Keseluruhan pengunjung ke PBAKL tahun ini dianggarkan 1.3 juta orang. Alhamdulillah... tak sangka pula di era ekonomi meleset ini, rakyat Malaysia masih pentingkan ilmu.
Tengok tu... punya la ramai pengunjung yang datang. Kalau berjalan mesti bersentuhan bahulah. Ini berlaku tiga hari terakhir sebelum berakhirnya pesta buku.

Inilah antara barisan staf yang bertugas yang sentiasa ceria. Seceria warna belon yang ada. Takziah buat Encik Abu kerana pemergian ibunya yang kedua ke rahmatullah.



Tengok tu... masing-masing bersemangat mempromokan prodak kita sampai terangkat dua belah tangan. Boleh dikatakan suasana masa tu macam pasar malam. "Cepat-cepat! Tiga sepuluh! Empat sepuluh!" Sungguh meriah sekali gerai kita.

Penulis-penulis buku Ustaz Amal, Ustaz Zul Ramli, Ustaz Hasrizal, Hajah Rohani, Kak Anis dan Kak Ummu agaknya tentu lenguh tangan mereka untuk tandatanggan buku untuk peminat masing-masing.

Begitu juga dengan penulis yang lain... termasuklah penulis buku 1 love You Too dan Putera Lembah Bakkah.

Ini adalah antara tetamu yang mengunjungi gerai GISB. Terima kasih kepada Prodak ADABI dan HIRAQ kerana telah menaja hadiah untuk 20 peserta awal yang mengunjungi gerai GISB. Anak muda yang mendapat hamper ni sebab dia antara pengunjung awal yang membuat pembelian yang banyak. Abang Budin pun datang juga dengan dua orang anaknya.

Orang yang tidak banyak bercakap tetapi diamanahkan menjaga wang.


Tahun ini ada kelainan sikit sebab semua bos-bos besar turun padang.


Sejak bila pula si Khairul ni malu-malu nak makan?

Oleh kerana tahun ini gerai kita betul-betul bersebelahan dengan pintu masuk utama... jadi mudahlah untuk kita memunggah barang keluar. Tidak sampai sejam semuanya sudah siap dipunggah dan dimasukkan ke dalam kenderaan.

Alhamdulillah ya Allah kerana PBAKL kali ini dapat berjalan dengan lancarnya... moga-moga pada tahun hadapan kita mendapat tempat dan pendapatan yang lebih-lebih baik lagi. Amin.

No comments:

 
Dear Diary Blogger Template