Tuesday, June 30, 2009

ANIS Dan ASUH JULAI 2009

Zaman kontemporari kini ramai manusia melakukan kesalahan dan dosa namun menganggap ia sebagai suatu perkara yang kecil dan ringan. Pada zaman Rasulullah SAW, para sahabat yang terlanjur melakukan dosa yang kecil akan terasa menderita seolah-olah gunung yang amat besar telah menimpa dan menghempap mereka. Ini menyebabkan mereka amat menjaga tingkah laku untuk mengelakkan diri daripada kemurkaan Allah SWT. Walau bagaimanapun, apa yang menyedihkan pada zaman ini, perkara seperti dosa sama ada kecil dan besar serta kesalahan melanggar syariat Islam dilihat sebagai perkara yang kecil. Umpama lalat yang hinggap sebentar kemudian pergi entah ke mana. Manusia sudah tidak mempunyai rasa takut lagi kepada Penciptanya bahkan mempermainkan hal-hal berkaitan dengan hukum agama. Hakikatnya perkara seumpama ini mengundang laknat Allah SWT. Pastikan anda membaca INTERBIU FOKUS ANIS untuk mengetahui apakah pengertian sebenar mengenai laknat Allah dan bagaimana mengelakkan diri daripada ditimpa laknat Allah.


No comments:

 
Dear Diary Blogger Template