22 Julai 2009Ustaz Sabri Abd. Rani: "Kita akan berkumpul di dewan Nur Lembah Bistari, Ulu Yam tepat pukul 10 pagi. Siapa lewat akan didenda menari tarian orang Asli."
Wawa: "Sedihnya tak dapat ikut sama."
Sepanjang perjalanan masing-masing telah memerah otak untuk mendapatkan nama ajaran sesat di Malaysia. Ada yang mengunakan talian hayat... ustaz-ustaz terkenal telah dihubungi untuk membantu. Ada juga call Jabatan Agama terus. Memang power betul talian hayat mereka. Sebelum sampai ke tempat yang hendak dituju, setiap kumpulan dikehendaki mengira berapa batang pokok kelapa dan pokok if...ada yang tulis lebih 50 batang pokok if.
Selamat datang ke Nur Lembah Bistari kata Tuan Haji Hassan Mokhtar dan isterinya Puan Azizah, pemilik Nur Lembah Bistari yang indah ini.
Sebelum jam 10 pagi, empat kenderaan telah sampai di Dewan Nur Lembah Bistari... Tugasan yang perlu dilakukan ialah berjumpa dengan Mr. Zekzek.
Ismail: "Alhamdulillah... kita tidak disuruh menari. Nah makan la pisang ni sebagai denda sebab kumpulan kita sampai paling akhir."
Sebelum memulakan pemainan, aktiviti memanaskan badan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian masing-masing diberi nilai harga diri dan ditulis ditelapak tangan. Paling rendah nilai harga diri ialah 5 sen dan paling tinggi ialah RM1.00. Jadi apalah yang nak kita banggakan dalam hidup ini....
Mr. Zekzek: "Sambil kita mengangkat kaki... semua mesti sebut "Apa yang penting... Kerjasama..."
Permaianan seterusnya ialah membina bangunan syarikat.
Zul: "Mail, kau ni buat bangunan atau kapalterbang."
Ismail: "Benda ini dua dalam satu... mula-mula jadi kapalterbang untuk membolehkan dia terbang menuju ke kerajaan langit. Apabila sampai di kerajaan langit kapalterbang itu bertukar menjadi bangunan pula. Canggihkan ciptaan kita?"
Wah! Seronoknya mandi dan main air. Tapi kenapa Encik Yus kesorangan? Tak kan nak jaga kasut kot? Haa... encik Yus merindui seseorang ya...(Jangan marah).
Drama Salah Siapa? Kisah bermula apabila Si Nabil telah menyuarakan hasratnya untuk berkahwin dengan Fasha. Kasihannya si Nabil kerana ibubapanya pun tidak dapat membantunya dan begitu beberapa orang kampung yang lain sehingga dia bertindak untuk kahwin lari atas nasihat Mat Pusing.Berikut daripada itu ada yang mati setelah dipukul oleh Awang penumbuk besi. Apabila berlaku kematian.... siapakah yang paling bersalah dalam hal ini?
Pada zaman Jepun dahulu, orang perempuan terutama anak-anak gadis akan melumurkan muka masing-masing dengan arang agar nampak seperti orang tua. Mungkin macam ini agaknya rupa mereka ketika itu setelah dimakeupkan.... Ini acara tiup tepung untuk mendapatkan petunjuk barang apa yang perlu dicari.
Barang-barang yang telah dijumpai telah dikumpulkan untuk dimasak. Ini bukanlah acara kopek dan parut kelapa.... saja nak tengok ada macam-macam gaya sipemarut kelapa.
Gotong royong rebus ubi kayu untuk dimakan dengan kelapa parut.
Staf baru memperkenalkan diri masing-masing.
Ok... semua sebut sa...wwwiiitttt......dan senyum.Klik!
Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]
1 year ago
No comments:
Post a Comment