Showing posts with label Lawatan. Show all posts
Showing posts with label Lawatan. Show all posts

Tuesday, March 31, 2009

Lawatan Jabatan Dakwah, UM

Selamat Datang! Ahlan wa sahlan! Ucapan yang selalu kami ucapkan pada semua tetamu yang datang berkunjung. Astana Karya tak putus-putus menerima kunjungan tetamu. Hari ini kami menerima satu grup mahasiswa Tahun 2 dan 3 Kursus Multimedia Dakwah dan Penulisan Dakwah, Fakulti Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaysia.
Ramailah jugak. Peluang yang ada ini mereka gunakan sepenuhnya untuk beramah-mesra dan bertukar-tukar pandangan dengan tenaga kerja Jabatan Editorial Anis dan Asuh. Sebahagiannya pula meninjau gerak kerja di Layar Consult dan Anugerah Media Network di tingkat 1.
Siapa tak kenal.... Juwairiah bekas staf kita dulu sekarang mengambil Sarjana di APIUM yang berusaha membawa grup 'adik-adik junior' ke sini.


Melihat di bilik DTP. Hj Bad, pelukis komik 'Syaitan Musuh Kita' dikerumuni peminat nampaknya.


Sebelum balik sempat menimba ilmu dari Hajah Jalilah, Editor Majalah Anis. Pesannya perluaskan skop dakwah tidak kira dalam apa cara jua. Yang penting mesej Islam sampai ke merata dunia. Hidup Hajah!

Monday, March 30, 2009

Lawatan Hajah Roslina bt Haji Hamid


Hajah Roslina ni merupakan anak murid Tuan Haji Abu Hassan Morad, Pengarah Urusan GISB dulunya menjadi guru. Sebab itulah gelaran cikgu tu masih melekat di bibir staf-staf GISB.
Hajah Roslina ni dulu jadi anak murid Tuan Haji ketika menuntut tingkatan 3 Sekolah Menengah di Perlis... katanya cikgu masa tengah muda belia dan tak kahwin lagi. Cikgu pun masih ingat dia lagi. Emm...jarang cikgu yang ingat anak murid. Bertuah kita dapat Bos berwatak cikgu. Hjh Roslina Hamid Marketing Director, EQS Management Consultant juga merupakan teman jemaah haji. Hajah Roslina ikut KT 22, Pakej Delima tinggal di hotel Barakah di Makkah. Hajah Jalilah dikenali kerana menjadi jurufoto THTS musim haji tahun lepas. Ketika berkunjung ke pejabat Galeri Ilmu dia yang menyapa Hjh Jalilah. Biasalah orang mudah mengenali Hajah Jalilah kerana dia seorang sahaja jurufoto wanita pada musim haji itu. Lengkap dengan uniform Lembaga Tabung Haji. "Dulu nampak besar ya, agaknya sebab pakai jaket tu kot?" tanyanya pada Hajah Jalilah. Kerja sebagai jurufoto dan membantu mengurus jemaah THTS yang kurang tidur dan rehat antara sebab berat badan Hajah Jalilah sudah turun 10 kg. Sekarang dia maintain jaga badan. Sememangnya sebelum ke Makah azamnya untuk kurang makan supaya badan kekal cergas. Nampaknya sudah berjaya diusahakan. Seronok dia dapat berbual dan berbincang dengan Hajah Roslina antara usahawan berjaya murid Hj Abu Hassan Morad.
 
Dear Diary Blogger Template