Semalam - Jumaat -4 April 2008.... ada peristiwa yg sgt menyenangkan dan sgt mengenyangkan jugak bagi aku dan semua staf GISB. Pihak pengurusan yg murah hati tu dgn senang hatinya nak belanja kitorang makan. Kat restoran Puteri milik Rubiah Suparman tu. Restoran ni glamer gak tau. Ari tu dah masuk rancangan jalan-jalan cari makan kat tv3. Era Fazira dgn tengku Imran menikah hari tu pun kat sinilah jugak....
Walau apa pun, kpd pihak pengurusan... aku nak ucapkan tima kasih byk2 sangat. Sebab atas kesudian mengenyangkan perut aku. Tima kasih daun keladi gitu.....
Sebenarnya majlis ini dianjurkan bersempena kejayaan pihak GISB masa book fair hari tu. Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak pengurusan atas usaha keras mereka-mereka yg menjayakan jualan di pesta buku tersebut - maka dibagilah makan yg best-best sikitkan... ha, sama-samalah kita saling terima berterima kasih...
Disamping tu, kunci untuk pejabat baru di bangunan yg baru pun dah dpt... kira nak buat kenduri doa selamatlah jugak sempena dapat kunci tu.
-Group-group pengurusan yang baik hati, murah hati, budiman, berbudi bahasa ** bodek-bodek, jgan tak bodek** - Presiden kita pun dok join sama tu. mintak-mintaklah depa ni dok bincang pasal majlis jamuan makan utk yg ke seterusnya.
Pagi - Sebelum berlangsungnya program 'makan-makan sampai boncit' tersebut aku telah di beri sebungkus hamper. Sebenarnya semua org dpt. Hamper Zaitun... Tentunya lah ditaja oleh Zaitun. Tima kasih kak Tun...
- Berupa barangan penjagaan body... Tapi, rasanya aku mcm pernah dpt je hamper ni dulu. Masa staf day kat PD. Cabutan bertuah, aku dpt hamper nilah jugak... sejibik. cuma beza dia, dulu bedak botol kaler pink, yg ni pulak bedak botol dia kaler hijau... hmmm... tak kisahlah. Byk songel plak, mujor org nak bagi. Pape pun... kepada pihak Zaitun... (kalaulah ada terbaca siaran percuma ni) Terima kasih byk2 sangat atas sumbangan tersebut... jasamu tetap di kenang - cayalah kak Tun....
Selain Zaitun, dpt jugak paket-paket Seri Aji (perencah Nasik goreng)
Kepada pihak Seri Aji juga - Tima kasih... disebabkan sumbangan ni, dah dekat 3 hari berturut2 aku bekfes makan nasi goreng... hmmm best jugak...
Selain itu dpt lagi benda berharga utk kecantikan bibir mulut wanita -
sumbangan AVON - inilah dia
4 kotak lipstik kaler pink... Kuang-kuang-kuang... ???... apa nak dikata. pape pun, bolehlah Mak aku kat kampung sana nanti bergaya dgn bincu AVON... Kepada pihak AVON - Terima kasih jugak. Terima kasih daun keladi, kalau boleh lain kali bagi yg kaler merah pulak ya... hehe.
Tepat 11.30 pagi, semua staf dah berkumpul kat restoran Puteri. Macam biasalah, kalau bab makan mana pernah lambat. Memang berdisplin dan memang sgt tepati masa. Walau bagaimana pun masih jugak terdpt 2,3 org yg tak menghadirkan diri. Pelik aku rasa, nak bagi makan free pun tak datang jugak.Tapi Tuan Pengarah Urusan - Cikgu Abu Hasan Morad memang tak ada kat Malaysia masa hari tu. so, tak dapeklah nak nolong ha...
Kak Aliyah sedang tekun mengira jumlah staf yg hadir masa hari tersebut.
Rancangan awalnya, program ni nak dijalankan kat hotel royale bintang... tapi tak tahu sebab apa kena batalkan. Mestilah ada alasan yg munasabah tu. Pape pun, tak kisah sgt kat mana2... kat puteri tu pun makanan dia gempak jugak.
kalau mengikut Jadual, staf dimestikan memakai pakaian yg berwarna oren atau hitam... tapi tak semena-mena kehadiran staf bersama pakaian yg beraneka kaler...
semua staf dengan wajah boring masih menunggu bilakah program 'makan-makan sampai boncit' tu akan bermula
Macam biasalah, majlis mestilah didahulukan dgn ucapan pengerusi majlis (kak Aliyah).
Kemudian disusuli pulak dgn ucapan oleh Encik Halim selaku wakil dari pihak pengurusan...
Seterusnya bacaan doa selamat dimulakan dgn dikendalikan oleh Ustaz Nasri... tapi kat sini ada sikit kepelikan. sebelum baca doa dimulakan, para peserta bertepuk tangan dulu... ???... lepas tu, habis baca doa pun ramai-ramai jugak pakat tepuk tangan sekali lagi... ???... huh... ape hal ek? Ramai betul peminat ustaz Nasri... masuk AF mesti menang... Afundi Nasri...
Kepada yag tak tahu... ini ialah sudu
Seterusnya, Encik Husin membacakan doa makan bagi menunjukkan program 'makan-makan sampai boncit' telah pun bermula.
hah! tunggu apa lagi, pi la ambik nasik tu. Tadi kata dah lapar sangat. Tu orang dah suruh makan tu...
Fendi: Alamak, ayam masak kurma la pulak... aku pantang betul dgn benda nih... pantang nampak, mesti nak sapu punya... masaalah, masaalah...
Ustaz Yeh: Udang ni aku nak ambik berapa ekor hah... hmmm, 17 ekor cukup lah kot. simpan kat orang lain sama...
Makanan yag disediakan kat sini memang gempak... gempak...
Ada nasik, ada siput sedut masak lemak, ada udang masak lemak, ada daging masak merah, ada ikan sambal, ada sayur togeh, ada sayur kobis goreng campur dgn udang, ada sambal 3,4 jenis termasuk budu, ada kerabu pucuk paku, ada kerabu mangga, ada telor masin, ada laksa johor, ada rojak buah, ada sup cendawan, ada kuih lompat tikam, ada sagu gula melaka, ada cream caremal, ada seri muka, ada buah, ada.... ada... ada apa lagi, ha, ada pulut durian, apa lagi ya? tolong bagitau ya kalau ada apa-apa yang aku tak ingat kat sini.... Dan semua makanan dia memang best... memang sesuai sgt utk rancangan jalan-jalan cari makan dan lebih sesuai untuk rancangan makan-makan sampai boncit...
Pulut durian di tangan bang li...
Seterusnya program makan-makan sampai boncit pun berjalan dgn lancar dan tekun tanpa mempedulikan sebarang anasir-anasir luar yg mengganggu.
Aina: Ish! cream caramel aku tak ambik lagi nih... hi, malu pulak nak pegi ambik. dah dekat 7 kali dah aku berulang pegi tempat makanan tu... malu pulak orang tengok... macamana ni. rugi tak ambik ni...
bang li: Eh! Bukan ke bella dah kena tembak hari tu... tak mati lagi ke? dah lama tak tgk citer tu...
Ustaz Yeh: Eh! tak mati lagi... ada pak hassan selamatkan dia. bella dah lawa sekarang ni. buat plastik segeri.
Bulu mata dia... nih, lentik seinci panjang... bibir pun dah tebal sampai ke dagu dah...
En. Usop: Ya puan-puan, bertemu lagi kita dalam rancangan 'PERIUK'. program masakan paling popular di abad ini... bersama kita sekarang ialah chef handalan yang paling glamer di malaysia - Kak Aliyah.... Ya kak liyah... apa resepi kita nak buat kali ni...
Kak Aliyah: Resepi kita hari ni ialah... telur rebusss....
Heii Mambang hijau, mambang biru, mambang kuning, manbang coklat, mambang jingga......
En Husin: Alamak, asap ni dah membuatkan mata ku menjadi kuyu, fikiran ku tidak menentu dah tubuh ku menjadi lesu.... apa pulak mandrem yang shima hembus kat asap ni... tapi bau dia macam bau sup ayam je, tak bau kemeyan pun...
Kak Sue: Entah... ya la agaknya tu. Cuba engko try makan dulu, kalau best cakap kat aku...
Rosma kata: gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati..
Shima:rasa macam ada cabai dok melekat kat idong aku ni
Kak Sham: Alah tunggu sat. ni dah nak abis ni... sikit je lagi.
Kak Aliyah: Ha'ah. tunggu kejap la. aku pun nak join jugak. ni pun dah nak abis ni
Poji: lepas ni kitorang ingat nak buat rombongan sambil bershopping kat Hong Kong...
Walaupun orang lain semuanya telah balik... Hairul masih lagi tidak berganjak dari tempat duduknya terus menikmati hidangan di meja. Tidak peduli dgn kata-kata orang lain. Yang penting sekali, perutnya kenyang... peduli hape orang nak kata apa...
Aina kelihatannya tidap sempat untuk senyum krn tidak sempat menelan makanan di mulutnya
Wajah-wajah puas hati sebab dah kenyang....
Sepanjang program makan-makan sampai boncit tersebut berlangsung, aktiviti cabutan bertuah telah dijalankan. Macam-macam hadiah dari penaja telah diterima oleh staf... aku ingat aku dpt no. 19... dan bila nombor tu di sebut aku diberi satu kertas yg tertulis no 42... maksudnya sila ke bilik kak aliyah bila balik opis nanti lepas tu tuntut hadiah bernombor 42.
bila no 42 tu di sebut kak liyah sebagai hadiah yang ada sikit kejutan. Aku pun tetiba je rasa teruja tak sabar nak pergi ambik.. kak aliyah kata hadiah tu sesuwei sgt kalau nak buat hantaran... dan kak jal pulak pergi sokong pendapat kak liyah tu... aku mula fikir sendiri... benda apa lagi yg paling sesuwei utk dibuat hantaran selain duit 6000 sebagai duit hantaran. takkan diorg nak bagi aku duit 6000... pergh!!! kaya aku... tapi, tak mungkin-tak mungkin... dah bagi makan sedap-sedap, takkan tetiba je nak bagi duit 6000 pulak... so, tunggu dan lihat ajelah.
Fendi yg turut diundang sama ke majlis ni telah menghidupkan enjin kereta untuk ke masjid berhampiran.
nak sembahyang Jumaat.
Selesai makan, kitorang (lelaki sahaja) dengan segera ke masjid berhampiran untuk menunaikan kewajipan sebagai umat Islam di hari Jumaat... dan bila balik ke pejabat semula, aku dgn serta-merta dan dgn segala rasa terujanya segera ke bilik kak aliyah untuk menuntut hadiah yg bernombor 42 yg konon-kononnya amat sesuai utk dibuat hantaran.....
hadiah dah aku terima.... so... inilah dia....
........
....
....
....
ha... teka apa ni... tak jelas lagi kan... ok kita bagi jelas
...
...
...
Ok dah jelas... sepasang pakaian mandi untuk wanita... diulang - pakaian mandi untuk wanita - ??? kuang-kuang-kuang... sesuai utk dibuat hantaran... agaknyalah.
mula-mula dpt lipstik avon kaler pink 4 ketul, dpt pulak baju mandi yg cute ni.... wah... jelitalah aku lepas ni... walau apa pun... namanya pun dah cabutan bertuah, kira tuah akulah dpt baju ni. lainlah kalau nama cabutan tu, cabutan tak bertuah barulah aku dikira sebagai tak bertuah sebab dpt baju ni.... hmmmmm... walau apa pun... terima kasih kepada penaja pakaian "Al Ikhwah Enterprise" kerana tajaan baju yang cantik dan cute tersebut.... cuma masih lagi dok fikir ni, apa aku nak buat dgn baju tu. Perlu ke aku pakai sambil berjalan-jalan di tepi laut sambil melambai-lambai tangan persis seorang ratu... heheh... atau pun nak simpan je buat hantaran seperti yg dicadangkan oleh kak aliyah dgn kak jalilah... mahal baju tu... aku jual pun kira orait jugak.... apa pun, sekali lagi terima kasih kepada penaja....
No comments:
Post a Comment