Monday, June 2, 2008

Abang Cik Dah Kahwin laa!!


Mula-mula abang ngoh dulu, lepas tu baru along... mula-mula andak dulu lepas tu baru abang cik... itulah cara rentetan perjalanan ahli-ahli keluarga aku membina keluarga kecik mereka sendiri. Abang ngoh langkah bendul... andak langkah bendul abang cik langkah bendul.

Terkejut jugak bila Ma tiba-tiba bagitau abang cik nak bertunang hari tu... hari ni, rasa macam tak berapa yakin jer bila abang cik dah ada keluarga kecilnya sendiri. dia tidak lagi terikat pada keluarga aku sepenuhnya, tapi dah jadi ahli pd 3 keluarga. Keluarga asal dia, keluarga isteri dia dan keluarga kecik dia sendiri... keluarga kecik yang akan terus membesar ikut peredaran masa...

Rentetan dari perkahwinan abang cik, sepanjang berlansungnya kenduri bermula dari sehari sebelum kenduri - orang kampung aku kata hari potong bawang. Mulanya rasa macam cuak jugak bila orang asyik dok tanya... "Adik dah lepas dah... abang bila lagi?".... 
oh ya!!... utk pengetahuan.... abang cik tu sebenarnya adik aku... dan untuk pengetahuan sekali lagi... sebenarnya adik kepada abang cik tu pun dah punya keluarga keciknya sendiri...
 
Ok... berbalik semula pada orang yang sangat rajin bertanya tu. Soalan-soalan rutin makcik-makcik kat kampung bila tengok anak-anak bujang terlajak macam aku ni... apatah lagi bila dua adik aku lepas dulu...
Bila sorang dua atau tiga empat orang tanya tu kira oklah. Soalan-soalan sama, tentunyalah jawapan pun sama... Walapun aku malas dah nak jawab. Tapi bila hampir saudara-mara yang dok jauh-jauh yg datang bertandang pun asyik tanya soalan sama, lama-lama rasa meluat pulak. dah tak ada soalan lain ke. Tapi aku sebagai seorang yang taat dan pandai menghormati orang tua  dan tahu pula menjaga hati orang muda (perasan je tau) tetap jugak jawab dgn memaniskan muka... "Jodoh tak sampai lagi... Jodoh adik sampai dulu..."...... dan kalau dah malas sangat nak jawab aku senyum jer... dapat pahala jugak... atau pun paling tidak aku sengih-sengih je.

kenapa masih bujang... atau kenapa masih nak bujang...
Berwajah menarik (macam aku ni) dan berpewatakan lincah, banyak duit, ada kereta besar, rumah besar, kerja bagus, tinggi, kulit sawo matang bolehlah dikatakan sebagai pakej lengkap lelaki idaman wanita... dan tambahan satu lagi, beriman dan tahu hormat orang... tapi tu semua bukanlah pengukur seseorang itu cepat bertemu jodoh atau sebaliknya. Apatah lagi yang macam aku ni yang jauh sangat-sangatlah utk miliki semua sifat-sifat tu....

sedikit petikan dari sms yg dikirimkan oleh Anita-kawan lama kita yg sekarang dah jadi cikgu...
"Sy dah slamat brsalin baby boy. 2.55 kg premature but he's ok"...
Sebenarnya aku tumpang gumbira... walaupun terselit jugak sikit-sikit rasa cemburu... kawan-kawan semua dah ada baby... Izwan anak dia dah boleh berlari. Tapi nak buat macamana... jodoh tak datang lagi. 

Well... gelaran bujang bukanlah sesuatuhh yg janggal lagi kini pada lewat usia. Ramai lelaki sekarang... pompuan pun ramai jugak, samaada rela atau pun sudah takdir ilahi, mengekalkan gelaran ini... meskipun usia yg dianggap amat sesuwei benar utk bina rumah tangga. Pertengahan atau penghujung 20-an sudah boleh dikira agak lanjut usia dan sepatutnya sudahpun mengelek 2-3 orang anak.

Keadaan berubah bersama peredaran masa zaman dan kemajuan. Persekitaran turut membantu mewarnai suasana meriah ini. Ibu bapa yg dulu-dulu juga rajin bertanya sekarang dah berfikiran terbuka dan tak mendesak lagi (atau dah mula bosan nak bertanya). Kalau adapun pandangan serong dan soalan cepu emas... "Bila lagi? Kenapa masih solo?"... ibu bapa pulak yang kadang-kadang jadi pembela. Mereka lebih memahami anak sendiri, jadi tak perlulah orang lain nak sibukkan diri...

Setiap orang punya tafsiran sendiri tentang apa yg dianggap sebagai kebahagiaan. Meski pada umumnya org yg berkahwin dianggap sebagai mencapai tahap kemuncak kesempurnaan hidup, yang bujang tak semestinya kurang sempurna atau kurang bahagia... kan?


Ok... tak siap lagi ni.. malam nanti sambung balik... sembahyang maghrib dulu...
...
sambung balik..

Sebagai seorang muslim, sering kita diingatkan, betapa ruginya mereka yang tidak berkahwin kerana banyak terlepas peluang memungut pahala dan menutup banyak pintu Syurga. Betapa banyak pun mereka beribadat tidak akan dapat setanding dgn orang yang berkahwin. Memang ramai yang sedia maklum aku hal itu. Aku juga telah sedia maklum. 
Walaubagaimanapun... pada yang sudah berkahwin jugak belum pasti lagi kedudukan mereka. Tiada manusia yang dapat kata, siapa atau siapa yg lebih layak masuk Syurga. Itu semua urusan Allah SWT. Malah yg sudah berkahwin juga pun banyak terdedah kepada dosa klau tidak berwaspada.

Walau apa pun... keadaan tetap berserah pd jodoh yang telah Allah tentukan. Ibarat tidak berpuas hati dgn siti nurhaliza kerana mengahwini datuk K... dan memarahi datuk K kerana mengahwini Siti... tanpa disedari samalah macam kita tidak berpuas hati atau memarahi Allah yang dah tentukan jodoh mereka seperti itu... So, tak perlu sibuk bertanya banyak kerana cepat atau lambatnya sampai jodoh tu tetap juga Kehendak Allah...


No comments:

 
Dear Diary Blogger Template