Thursday, June 12, 2008

Kami akan ke rumah baru bahagian 1

Ya tuan-tuan dan puan sekelian.
Tiba-tiba semangat untuk aku nak menulis ni macam dah tak berapa nak ada sangat. Penat kot. Pagi tadi bangun dengan rasa sengal dan sakit sendi tulang. Urat bahagian peha rasa sikit kejang. Rasa sakit kat bahagian punggung. Dah lama sangat tak buat kerja berat agaknya. Sesekali kena buat… 3-4 hari akan datang ni belum tentu hilang rasa sakitnya…

Ok... ceritanya macam gini... Kisahnya… kami telah sah memiliki opis baru milik kami sendiri. Letak lokasinya agak jauh jugak dari rumah aku sekarang… jangkaan kami akan berpindah dalam jangka waktu yang terdekat.
Walau apa pun... makan mesti dimulakan dulu. Bukannya apa, nak bagi tenaga. nak buat kerja. Tak de tenaga tak boleh buat kerja pulak

Bersempena perpindahan ke tempat baru… 9.6.2008 bersamaan dgn 5 jamadilakhir 1429 H bersamaan dengan hari isnin… satu kerja gotong royong membersih dan mengemas ruang pejabat (bukan yg barulah) telah diadakan dan berlangsung dgn jayanya walaupun tak semua staf terlibat.


Staf dipecah-pecah mengikut kumpulan dan akan ditugaskan dibahagian-bahagian tertentu di segenap ceruk ruang pejabat.

Segala barangan yang berguna dan tidak digunakan dihimpunkan kat ruangan surau kemudian dilelong kepada sesiapa yng berminat nak pakai lah. Kalau tak minat nak ambik buat apa kan? Buat semak rumah jer. Barang yang tidak berguna jugak dihimpun kat surau dan kemudiannya telah dipindahkan ke atas lori besar pastu buang kat tempat buang sampah – agaknyalah.


Maka – pada hari tersebut banyaklah barang-barang yang ditemui. Barang yang hilang sekian lama jumpa jugak kat celah-celah ruang.
“Ah… kat sini rupanya. Patutlah hilang”
“Lah… ada lagi ke benda ni... ingatkan dah pupus...".
.. itulah antara dialog yang kedengaran sepanjang program berlangsung - agaknyalah. Aku bukannya dengar sangat pun. maklumlah sedang tekun bekerja dah tak peduli kiri kanan dah...


So... hari tu segala-gala barang-barang buruk yang tak diperlukan lagi yang selama ini hanya menyempitkan ruang-ruang tertentu telah di punggah ke lori utk dilupuskan... ada jugak yang kena jual...
Ruang tangga yang kat sebelah sana nu (belah mana ntah) telah pun dibersihkan... dan barulah sedar, kat situ ada tangga rupa-rupanya....

Tahniah kepada petugas yang bertugas. Tahniah jugak kepada petugas yang tak bertugas sebab selesaikan tugas walaupun tak selesai sepenuhnya.

**tak siap sepenuhnya lagi ni... ada gambar sikit lagi tak isi. boring... komputer lembab... ineternet slow... nanti sambung balik***

No comments:

 
Dear Diary Blogger Template