Friday, June 13, 2008

Kami akan ke rumah baru bahagian 2


Proses mengutip/membungkus/meluputkan barang-barang terpakai yang dah tak boleh nak pakai masih terus berlangsung ke hari yang ke dua pula...

seperti biasa... sesuatu perlu dilakukan untuk memberi tenaga sebelum buat kerja... 
apa lagi, makanlaaa

Kak Sham: Kuih pau ni, tak boleh makan banyak2. sorang setengah bijik je. stok terhad..

10/6/2008 bersamaan dgn 6 jamadilakhir bersamaan dgn hari selasa. Proses kerja gotong royong masih diteruskan. Al maklum barang punyalah banyak sampai tak cukup hari nak kemas... tapi kalau sebelum ni, staf dibahagi kpd beberapa kumpulan utk membersihkan bahagian-bahagian tertentu di tingkat atas dan bawah... kali ni dibahagi kpd 2 group saje... 1 group untuk kemaskan mana-mana bahagian yg tertinggal kat opis, satu group lagi dihantar dan ditugaskan kat depoh...

Kat opis terdiri dari golongan wanita sahaja... tetapi terselit juga seorang lelaki... - along. Tenaga jantan diperlukan juga, manalah tahu kot-kot ada benda-benda berat nak kena angkat, atau pun ada orang jahat nak merompak ke...  tapi boleh diharap ke along tu... hehe.. shima kata along boleh harap, oklah tu.

tak mahu cerita pasal dekat opis. sebab aku tak ada kat situ, so tak boleh nak cerita apa yang berlaku. Aku kena pergi depoh. So, citer pasal depohlah ya.

En. Halim: Ha.. tu apa yang dok berlonggok kat situ tu... curi tulang ke? 
Kerja... kerja... punggah.. angkut...

Aku org terakhir tiba dgn tuan presiden kita Mr. Fauzi. Sampai-sampai org tgh dok menjamu selera... kira langkah kananlah... langkah kanan kerr... tak tahu tugas berat sedang menunggu.

Tugas kat depoh ternyata lebih berat dari kat opis sebelum ni... lebih-lebih-lebih berat. nak punggah segala-gala buku lama dan baru semua sekali nak masuk lori bawak ke opis baru sebahagian... sebahagian lagi bawak ke depoh baru kat subang bistari.

"OK... sambut yang ni pulak..."

Tapi aku lebih kagum dgn semangat kerja staf-staf kat sini. Mungkin sebab tempat tak luas mana... so, tempat nak buat kerja lebih tertumpu. 

En Zul; Bila nasik nak sampai ni???

Dah masuk waktu asar... sembahyang dulu... nanti kalau datang idea, sambung balik k... 
....

Ok... kita jumpa balik. Kat mana kita tadi??? o.k. macam yang kat atas tu... 

gotong-royong dimulakan dengan memunggah buku-buku yang berat-berat ke atas lori... kemudian diikuti dgn dgn memunggah buku-buku yang berat ke atas lori lagi... kemudian diikuti pula dgn memunggah buku-buku yang berat ke atas lori.... gitulah sampai seterusnya.

Kak Aida: Ha beratur ya adik-adik... jangan berebut, jangan berebut... ha pandai pun adik akak..

ecceli, kerja aku taklah berat mana sgt pun. kerja orang lain yg beratnya... aku cuma berdiri atas lori, lepas tu check buku-buku yang dinaikkan ikut tajuk yang diberi dalam satu list, pastu pastikan jumlahnya betul ikut tajuk... tak berat mana pun tapi agak susah jugak, sebab kerja-kerja PUNGGAH mememunggah memang bergerak cepat. Pantas sungguh mereka-mereka itu buat kerja tau... aku yg berdiri pegang kertas dgn pen sambil terbongkok-bongkok nak kira buku ikut tajuk tu pun dah rasa tak larat nak letih dah... mereka-mereka yg dok punggah dari bawah tu... tak tahulah macamana letihnya. pergh.. semangat sungguh....

Arabi... kecik-kecik cili padi, tulang besi urat dawai... nampak tuannya kecik jer, tapi tenaga, mak aiii... 
tak padan dgn tuan.

Buku-buku yag penuh selori, utk pusingan pertama ni... akan dihantar ke opis baru dulu... nanti utk trip kedua, akan dihantar ke opis baru separuh dah ke depoh baru lagi separuh....

Kaum wanita  memang bersemangat. Pandangan aku Kak aida orang yang tak reti dok diam. Semua kerja nak dibuat. bersemangat pulak tu. Risau jugak, kak aida kira masih baru melahirkan anak, tapi punggah benda-benda berat... mak engkau... semangatnya dia.

Ha... idea pelik kak aida... tiba-tiba jer nak naik lori yg bawak buku tu. Nak duduk belah belakang pulak tu... ???... so, kak aida bersama kak asmah, kak sue, kak sham, sue encik abu dgn fahmi bergerak ke pejabat baru untuk memunggah buku tu dgn menaiki lori... diulang... NAIK LORI....

Cerita pasal naik lori ni... aku pun dapat rasa jugak macamana rasa naik lori kat bandar kolumpo ni. Awalnya masa pergi kat opis bari tu, naik kete en.halim. Tapi masa nak balik, setelah diceritakan tentang keseronokan naik lori tu, aku tetiba je jadi teruja jugak nak try rasa macamana seronoknya.
Naik kete encik halim dgn naik lori ada terlalu byk bezanya... macam naik kapal terbang dgn naik rooler coaster gitu beza dia. Kete En Halim, air cond dia sejuk. lori kat belah belakang tu aircond dia original punya aircond. atas kete en. halim kena dok diam-diam. tapi atas lori tu boleh guling-guling kalau nak.

Pertamanya bila berada dlm lori yg bergerak ni, apa yg terpikir dlm kepala aku ... "bilalah nak sampai ni." Perjalanan rasanya macam perjalanan yg tak berkesudahan. Tak nampak kiri kanan. Yg nampak cuma kenderaan-kenderaan lain yg mengekor ikut belakang.
rasa macam naik rooler coaster. Cuma lori tu slow sikit dari rooler coaster. sebab jalan jam kot. kalau tak mesti sama laju dgn rooler coaster. Seronok jugak. Tapi tobat aku tak mo naik dah lepas ni. Dah insaf. Melambung-lambung. melantun-lantun... efeck dia lebih kurang sama macam naik rooler coaster jugak. bila dah sampai baru rasa berpinar-pinar pening. dok temenung senyap sekejap menikmati keindahan alam sekitar....

**ni adalah entri aku yg paling susah nak siap... dari minggu lepas lagi dah... bersambung-sambung... ada sesuatu yg kusut sikit kat kepala ni... so, tak payah tulis lagilah... isi gambar jelah banyak-banyak... boleh?**




"Hah Rosdi... lima bandle je ke awak angkat... tu tangan kiri kosong lagi tu, 
boleh tambah 5 bandle lagi... hah angkat... angkat.."


"Apesal rasa ada benda yg tak kena je dgn urat pinggang aku ni.."

Pendatang-pendatang dengan izin bersiap sedia memulakan perjalanan.


Suara orang dari bawah: Hah! sebelum turun tu permit bagi sini dulu... hah permit. permit...


Kak Sham: Alamak seronoknya naik lori... seronoknya... terujanya...

Kak Asmah: Fuhh! sampai jugak akhirnya... ingatkan dah sampai sarawak dah tadi...
Kak sue: Aku pulak ingatkan dah sampai hong kong...


Selamat datang ke rumah baru...
Tak dapat nak cerita tentang suasananya... sebab bangunan masih kosong. Yg ada rak-rak buku yg bertingkat-tingkat yang skarang ni dah terisi dgn buku-buku dan majalah.... cuma yang nampak menarik untuk setakat ini, kat belah depan opis tu ada kedai bunga.... heh. Menarik tu...


Aku sangat kagum dgn semangat kerjasama staf2 gisb. Bair penat, biar sakit urat, biar mengah... kerja tetap terus selagi tak habis... cayalah... HIDUP GISB! HIDUP STAF GISB! HIDUP USTAZ ZAKARIA... 
** aku masa ni dok kat atas lori dgn rosdi. terbongkok-bongkok punggah buku dari atas... sakit pinggang tau... bergilir-gilir sakit pinggang dgn rosdi... aku sakit pinggang engkau punggah... engkau sakit pinggang pulak punggah...



Antara wanita2 perkasa yang turut menyumbangkan tenaga...


Naik lori sekali lagi... untuk balik ke depoh semula untuk punggah buku lagi bagi trip yang ke 2 plak... masa nilah aku turut joint sekali ni...

pemandangan indah dari atas lori... wahhh... indahnya... tu macam avanza Kak Jal je tu... 
eh... bukan, bukan... orang lain punya... kak Jal punya lagi lawa...

Depoh baru, Subang Bistari..



sebahagian buku-buku di hantar ke opis baru, sebahagian lagi hantar kat sini... so, sekali lagi bersakit pinggang kat sini.




En Yus: Awak menangis kenapa. Saya bukannya marah awak... saya bagi nasihat je..
Mamat: Bukan sebab tulah... saya terharu ni sebab nak tinggalkan tempat lama, 
nak pindah tempat baru... sedihlah... ish! ish! ish! Waaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Depoh baru mengamalkan konsep 'Satu Rumah Satu Kipas'... (konsep apa tu?) 
En Yus kata kipas ni macam tukun... ikan-ikan dok berkerumun kat bawah dia..

Suara sape ntah: Ha! kiri sikit lagi... ok, ok, kanan sikit.... hah, kiri sikit.... belah kanan sikit... belah kiri pulak... kanan pulak... ok, ok... kiri sikit lagi... kiri lagi.... lagi... dan lagi.... kanan pulak... kiri... kanan... kiri...



En Azmin: Hah dah betul ni. dah, jangan sentuh-sentuh lagi. Terbalik tiang ni 
aku jugak yang nak kena betulkan balik semula... hishh..

En Halim Kata kat sini tak ada JASEMA... tapi... ada yang ni...

Jjabena restoran... sepupu sepapat jasema jugak kot...

special:
Tapi bukannya benda ni yang best kat sini... yang bestnya sebab makan free... errr... en. halim belanja... tu yang best tu... murah rezeki En. Halim...

No comments:

 
Dear Diary Blogger Template