Dalam kesibukan mengejar dateline bahan... sempat gak aku menyebukkan diri untuk jadi tukang sibuk dalam darma bersiri bertajuk Lara Rindu Mahsuri untuk slot Lagenda yang akan di tayangkan kat TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.30 hingga 5.30 petang tidak lama lagi. Mungkin untuk tayangan bulan posa kot.
Sebenarnya ketika nak ambil gambar Encik Zul ni... rasa hairan gak kenapa tiba-tiba je gambar ni jadi blur sebelah. Puas digosok-gosok kemera tu... kot-kot masuk air. Okay je... tapi bila diangkat jadi balik blur tu. Bila fokus kat tempat lain ok la pulak. Bila cerita kat Aida dia kata mungkin ada benda-benda lain nak tumpang berteduh kot. Aku terus teringat isu ANIS Julai tentang Sihir dan Saka.
"Keberadaan makhluk Allah daripada golongan jin di sekeliling kehidupan manusia adalah suatu yang pasti. Cuma kebanyakan manusia tidak dapat melihat jin. Kewujudan jin jelas dinyatakan Allah di dalam al-Quraan, hinggakan satu surah di dalamnya dinamakan al-Jin... Termasuk dalam golongan jin ini adalah syaitan. Ramai yang kurang sedar perihal jin dan syaitan itu sentiasa mengintai dan menunggu peluang untuk duduk bersama-sama manusia...." Petikan artikel Roslan Kassim.
2 comments:
Good good good......
alamak.... kak sym dan rakan-rakannya dah jadi pelakonlah... ni yg buat jels ni...
Post a Comment