Wednesday, July 23, 2008

Kisah Mistik

Kisah Mistik
Dalam kesibukan mengejar dateline bahan... sempat gak aku menyebukkan diri untuk jadi tukang sibuk dalam darma bersiri bertajuk Lara Rindu Mahsuri untuk slot Lagenda yang akan di tayangkan kat TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.30 hingga 5.30 petang tidak lama lagi. Mungkin untuk tayangan bulan posa kot. Suasana kubur baru di Kota Damansara.

Barisan pelakon-pelakon handalannya ialah Norish Karman, Eman Manan, Maimun Taib, Kartina Aziz, Sharifah Shahirah, Memey, Faizal Yusof , adik Maisara dan ramai lagi la.

Jadi sebenarnya lapan orang dari pejabat Gi ni (Ustaz Yeh, Zul, Rosdi, Arabi, Suriati, Aida dan Niza) sebenarnya sebagai tambahan je... nak meramaikan orang masa kat kubur je.

Pukul lapan tu semua dan berkumpul la... tiba-tiba hujan. Kami pun berteduh la kat bawah Van ni... Hampir sejam setengah gak la hujan turun.

Abis je hujan sempat gak rombongan cik Kiah ni bergambo dengan Kak Tim.

Encik Zul berteduh di bawah payung sementara tunggu hujan berhenti.
Sebenarnya ketika nak ambil gambar Encik Zul ni... rasa hairan gak kenapa tiba-tiba je gambar ni jadi blur sebelah. Puas digosok-gosok kemera tu... kot-kot masuk air. Okay je... tapi bila diangkat jadi balik blur tu. Bila fokus kat tempat lain ok la pulak. Bila cerita kat Aida dia kata mungkin ada benda-benda lain nak tumpang berteduh kot. Aku terus teringat isu ANIS Julai tentang Sihir dan Saka.
"Keberadaan makhluk Allah daripada golongan jin di sekeliling kehidupan manusia adalah suatu yang pasti. Cuma kebanyakan manusia tidak dapat melihat jin. Kewujudan jin jelas dinyatakan Allah di dalam al-Quraan, hinggakan satu surah di dalamnya dinamakan al-Jin... Termasuk dalam golongan jin ini adalah syaitan. Ramai yang kurang sedar perihal jin dan syaitan itu sentiasa mengintai dan menunggu peluang untuk duduk bersama-sama manusia...." Petikan artikel Roslan Kassim.

2 comments:

Unknown said...

Good good good......

Keri AlHaj said...

alamak.... kak sym dan rakan-rakannya dah jadi pelakonlah... ni yg buat jels ni...

 
Dear Diary Blogger Template